Sejarah Penubuhan


Mesyuarat Majlis kali ke 30 pada 26 hb. Januari 1988 telah bersetuju untuk menubuhkan satu pusat perlindungan Darul Islah ( sekarang dikenali sebagai Dar Assaadah) yang bertujuan di antara lain memberi perlindungan kepada wanita –wanita yang sedang menghadapi masalah.

Kaedah-Kaedah Dar Assaadah 1990 telah digubal dan mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai penubuhan dan tujuan Dar Assaadah, perlantikan Jawatankuasa dan keahliannya, tugas-tugas Pengerusi, Timbalan, Setiausaha dan Bendahari, Kuasa-kuasa Jawatankuasa Kewangan dan akaun serta rekod dan kuasa Majlis.

Dar Assaadah mula beroperasi pada Nov 1989 di sebuah blok rumah kedai di Taman Bukit Anggerik Cheras dengan kemasukan seramai 2 orang pada peringkat permulaan dan bertambah menjadi 9 orang.

Pada tahun 1996 ia telah berpindah di sebuah lot rumah banglo milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di No 19 Jln Gurney 3, Datuk Keramat Kuala Lumpur dengan bilangan penghuni seramai 40 orang.

Pada 2 Februari 2000, Institusi Kebajikan ini telah berpindah ke sebuah kompleks yang lebih besar dan selesa, di mana ianya juga adalah milik MAIWP yang terletak di Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.

Pada awal penubuhannya kompleks ini diberi nama Kompleks Kebajikan Masyarakat Islam dan kemudian telah ditukar namanya kepada Kompleks Dar Assaadah secara rasminya pada tahun 2001. Ketika itu, Pengurusan Kompleks ini diletakkan di bawah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan ( JAWI ). Bermula pada tahun 2007, segala pengurusannya diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pada 4 Februari, Kompleks ini sekali lagi berpindah ke tempat baru iaitu di Kampung Delima, Jalan Jambu Laut, Kg. Batu, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 



Jawatankuasa Dar Assaadah

Pengurusan dan pentadbiran Dar Assaadah dipacu oleh sebuah jawatankuasa yang bertindak dalam mengawasi perjalanan operasi Dar Assaadah. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah seperti berikut :

JAWATAN
PENYANDANG
Pengerusi

YBhg. Dato’ Mohamad bin S. Ahmad

Timbalan

YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali

Bendahari

En. Aziz bin Hj. Mohamad

Setiausaha

En. Azri bin Iberahim

Wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

En. Abdul Aziz bin Abdul Rahman

Wakil Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Pn. Hasnah binti Sulaiman
Wakil Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
En. Suhaimi bin Mustapa
Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat
En. Mujah bin Hamat
Wakil Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan
Pn. Suhailah binti Mohd Sa’at
Wakil Polis DiRaja Malaysia

Supt. Wan Ismail bin Haji Wan Taib

Pengurus Besar Penerbitan Islam TV Al-Hijrah
En. Che Wan Alias bin Che Wan Abdullah
Pakar Motivasi

En. Nik Mohd Azam     bin Nik Wajis

Aktivis masyarakat (mantan Ahli MAIWP)

YBhg. Puan Seri Rajmin binti Rashid

Aktivis masyarakat

Puan Hjh. Habsah binti Rauf

No comments:

Post a Comment