Dar Assaadah telah mengambil bahagian
dalam Karnival Sukan Pusat-Pusat Perlindungan Wanita (KASUP) Kali Ke
3 yang diadakan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan pada 2
Julai 2013.
Karnival sukan ini diadakan bagi
memupuk semangat kesukanan dalam melahirkan individu yang sihat dan
cergas. Selain itu ianya juga merupakan platform terbaik dalam
membentuk jalinan kerjasama dan mengeratkan ikatan ukhuwah di antara
pusat-pusat perlindungan.

